Tuesday, October 5, 2010

PRS BERJASA RAKAN BERJAYA

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diwujudkan bertujuan untuk membantu kaunselor dalam menangani masalah pelajar sama ada dari segi disiplin, masalah pembelajaran dan sebagainya. Majlis watikah pelantikan PRS akan dijalankan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
                                           Tarikh   : 1 Mac 2011
                                           Masa    : 8.30 pagi
                                          Tempat : Dataran Perhimpunan

Majlis watikah pelantikan PRS (gambar hiasan)

Ucapan daripada pengerusi PRS (gambar hiasan)

                  Barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah (gambar hiasan)

STRATEGI BELAJAR CARA BELAJAR


Strategi belajar cara belajar diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk mencari maklumat mengenai mata palajaran dengan bantuan guru atau tanpa bantuan guru. Belajar cara belajar lebih menekankan usaha pelajar sendiri untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelajar perlu menentukan hala tuju sendiri dalam menuntut ilmu. Mereka boleh menggunakan bahan sedia ada, kawan dan sumber lain untuk memperoleh ilmu.
Bagi menjayakan pembelajaran tersebut, pelajar berperanan sebagai :
  • Mempunyai 1 strategi pembelajaran yang berkesan
  • Mempunyai motivasi kendiri yang jitu bagi meneruskan pembelajaran.
  • Mempunyai 1 matlamat yang jelas dan dirasakan dapat dicapai
  • Melakukan semua perkara seperti mana yang telah dirancang
  • Mempunyai 1 rekod pencapaian kendiri bagi analisis diri.
  • Merefleksi diri sendiri
  • Berbangga dengan diri sendiri atas kejayaan yang dicapai
Setelah pelajar berjaya melakukan peranan tersebut, mereka perlu mengetahui cara bagaimana untuk mencapai semua itu. Cara-cara tersebut adalah melalui :
  • Mendengar secara berkesan
  • Membaca secara berkesan
  • Mencatat nota secara berkesan
  • Menulis secara berkesan
  • Mengingat secara berkesan
Strategi belajar cara belajar ini akan diadakan pada bulan Februari dan melibatkan semua pelajar iaitu dari tingkatan 1 hingga 5.

Monday, October 4, 2010

MENARA GADING "DIA DI HATIKU"



                 Pameran IPTA / IPTS di Dewan Serbaguna (gambar hiasan)

Menara Gading 'Dia di Hatiku" sebenarnya merupakan satu 'tagline' yang diberikan sempena dengan pameran IPTA / IPTS yang akan dijalankan kelak. Pameran ini akan diadakan selama 1 hari sahaja iaitu bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan berlangsung di Dewan Serbaguna SMK SSY.

Semasa pameran ini berlangsung, para pelajar juga akan diterangkan apakah program-program yang sesuai dengan mereka berdasarkan minat dan aliran yang mereka ikuti sekarang serta universiti yang menawarkan bidang kerjaya tersebut.

PEPERIKSAAN OH PEPERIKSAAN!!

                                       

                Para pelajar sedang mendengar ceramah (gambar hiasan)

Ceramah ini dijalankan kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. Ceramah ini juga akan dijalankan secara berperingkat iaitu pada bulan Ogos bagi mereka yang akan menghadapi PMR dan pada bulan Oktober bagi peperiksaan SPM.
Objektif utama ceramah ini akan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana mempersiapkan diri pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan dari segi pemakanan, waktu tidur, pendekatan spiritual, pengurusan masa dan sebagainya.